Pada pagi yang indah ini saya hantar anak ke sekolah...hehe bila otw nak pulang rumah teringat nak makan coleslow>.<
Sampai ke rumah terus saya terus ke dapur sediakan sayuran....terlupa pulak masuk waktu kerja...hehe..terpaksa lah bawa bahan yang sudah di sediakan ke tempat kerja..hehe,
sampai ke tempat kerja saya terus simpan coleslow tadi dalan peti sejuk, masa makan t/hari saya lari ke kedai beli susu segar...makan dengan garlic bread dan minum milo sejuk..fuh, sedap!! Ianya berkhasiat dan meyelerakan, sesiapa yang nak diet tu bleh lah selalu makan coleslow nie..hehe cma anda perlu ganti susu full cream tu dgn yogurt atau guna sour cream pun bleh..
Untuk resipi boleh baca di bawah^^
bahan-bahan
1/4 sayur kobis bulat (dicincang)
1/2 lobak merah (dicincang)
1/2 gelas susu segar (full cream) / sour cream
3 sudu mayonis
sedikit perahan lemon / limau kasturi
sedikit garam, gula dan lada sula
Cara-caranya
1. Gaulkan kobis dan lobak
2. Campurkan mayonis pada sayur tadi dan gaulkan
3. Letakkan susu pada sayur jangan sampai sayur tu tengelam. Gaulkan
4. Masukkan perasa dan perahan lemon/limau. Gaulkan dan siap
anda boleh juga tambah epal hijau, tembikai susu atau apa sahaja mengikut selara anda. selamat mencuba^^
No comments:
Post a Comment