Pages

Tuesday 10 April 2012

cooking/ baking

Penaik adalah kaedah memasak makanan menggunakan haba kering berpanjangan bertindak secara olakan, dan tidak oleh sinaran terma, biasanya dalam oven, tetapi juga dalam abu panas, atau pada batu-batu panas. Ia terutamanya digunakan bagi penyediaan roti, kek, pastri dan pai, tart, quiche, biskut dan keropok. Barangan seperti itu kadang-kadang dirujuk sebagai "barang-barang yang dibakar," dan dijual di kedai roti. Seseorang yang menyediakan barang-barang bakeri sebagai profesion yang dipanggil roti. Ia juga digunakan untuk penyediaan kentang bakar, epal bakar, kacang panggang, beberapa casseroles dan hidangan pasta seperti lasagna, dan pelbagai makanan lain, seperti yang pretzel.

Banyak ketuhar komersial disediakan dengan dua unsur pemanas: satu untuk penaik, menggunakan perolakan dan pengaliran untuk memanaskan makanan, dan satu untuk panas sekali atau memanggang, pemanasan terutamanya oleh radiasi. Daging juga boleh dibakar, tetapi ini biasanya dikhaskan untuk daging cincang gulung, luka kecil daging seluruh, dan daging seluruh yang mengandungi inti atau salutan seperti serbuk roti atau adunan mentega, luka yang lebih besar yang disediakan tanpa inti atau salutan yang lebih kerap panggang, proses yang sama , menggunakan suhu yang lebih tinggi dan masa memasak yang lebih pendek. Penaik kadang-kadang boleh digabungkan dengan memanggang untuk menghasilkan varian barbeku hibrid, dengan menggunakan kedua-dua kaedah secara serentak atau salah satu sebelum yang lain, memasak dua kali. Penaik disambungkan barbeku kerana konsep ketuhar masonry adalah serupa dengan jurang asap.

Proses penaik tidak menghendaki mana-mana lemak yang digunakan untuk memasak dalam oven. Sesetengah pembuat makanan ringan seperti kentang goreng atau kerepek telah dihasilkan versi bakeri snek mereka sebagai alternatif kepada kaedah memasak biasa dalam menggoreng dalam usaha untuk mengurangkan kalori atau kandungan lemak products.Baking snek mereka telah membuka pintu kepada perniagaan seperti kilang-kilang membuat kek dan kedai-kedai kek yang diswastakan tetapi proses pembakar dilakukan dalam jisim yang lebih besar dalam relau yang besar dan terbuka.
salam,, pagi yang indah ini saya da mood pulak nak masak!!! ala masak sup ayan jak pun , nak dibuat bekal..yalah ari nie org smua cuti ,kami jak still keja (yang penting double pay)..tapi dari tadi saya tengok tempat nie sunyi betul..mana lah pegi semua orang-orang nie..

Thursday 5 April 2012

Untuk mengelakkan pembaziran pada perfume anda, anda haruslah bijak dalam pemakaiannya.
Sini ada sedikit tips^^
  • Sorotkan pada kulit bahagian pegelangan tangan dan bahagian leher (urat nadi)
  • Semburkan jarak 30cm supaya penyebaran perfume tahan lama.
  • Untuk lelaki, semburkan ke kulit dadakanan ke kiri depan.
  • Untuk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran uv dan mengelakkan iritasi pada kulit,semburkan perfum pada pegelangan tangan, sendi kaki dan perut.
  • Bagi pengunaan malam pula, semburkan pada bahagian tengkuk / bahagian leher.
Jadi gunalah perfum anda mengikut cara yang betul dan nikmatilah kesegaran dankeyakinan sepanjang hari^^
Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza (kulit kering, kulit berminyak & kulit sensitif) begitu juga dengan bau badan kita( wangi atau berbau)^^,
Biasanya ada jenis orang yang memakai apa sahaja jenis perfume bau nya tahan lama walaupun dia hanya memakai perfume cologne. Hrmm, ini memang wujud, bukan rekaan semata-mata ...so, baca selanjutnya..hehe^^
  • Jenis kulit 
Kulit Kering
  1. Lazimnya untuk jenis kulit ini, apabila perfume sudah di semburkan ke arah badan , kebiasaannya bau itu lansung tidak menyerlah atau cepat hilang selapas beberapa jam :( 
  2. Digalakkan memakai losyen sebelum memakai perfume. Ini kerana, badan anda tidak mempunyai minyak dalam kulit untuk menahan bau minyak wangi daripada hilang.
  3. Untuk jenis kulit kering amat di galakkan mengunakan perfume jenis EDP, bau EDP akan lebih lama dengan anda dan baunya akan lebih 'mild' dengan anda.
  4. Untuk membuatkan perfume yang di pakai tahan lama baunya, pakai bersama losen & gel mandian dalam jenama yang sama (biasanya ada di jual secara set)
Kulit Berminyak
  1. Untuk kulit jenis berminyak pula, biasanya baunya terlalu kuat , bertukar bau dan kadang kala baunya turut hilang.
  2. Dalam pemilihan jenis perfume pula, kulit jenis berminyak di galakkan memakai jenis EDT. Ianya sesuai dalam pemakaian harian biasa dan hanya memakai EDP ketika majlis rasmi.
  3. Minyak yang terdapat dalam kulit biasanya menolong menyerlahkan lagi keharuman perfume dan baunya lebih tahan lama bagi kulit berminyak.
  4. Jika anda memakai EDT, barangkali baunya seperti EDP, jika anda memakai EDP, boleh jadi baunya akan terlalu kuat.
  5. Sama seperti kulit kering anda boleh juga memakai loyen bagi meringankan bau perfume EDP yang anda pakai pada masa yang sama mengekalkan bau perfume anda lebih lama. Cara pemakaian pula berbeza iaitu memakai losyen selepas memakai perfume.
* Jenis perfume EDT lebih menyerlah keharumannya apabila berada di kawasan-kawasan yang sejuk.


Parfume di gunakan sebagai pelengkap penampilan terutamanya kaum wanita, tapi tak kurangnya dengan kaum lelaki. Adakah kamu pernah terfikir bahawa perfume yang anda guna kadang kala baunya cepat hilang?
Adakah perfume yang anda beli itu Original/Tiruan?
Sini ada tips untuk anda mengetahui kebenarannya^^
  • Untuk mengetahui sama ada perfume yang dibeli tu Original atau Tiruan, goncangkan botol perfume dan lihatlah buihnya. Jika buih sedikit dan cepat hilang tu tak Original, dan jika banyak buih dan lambat hilang buihnya baru Original

  • Selain itu anda haruslah melihat pada label, jenama dan botol (pastikan keseluruhan botol perfume tidak ada kecacatan pembikinan seperti sumbing atau kemasan yang tidak rapi.)

  • Perfume original pastinya tiada lelehan dimuncung semburan manakala yang tiruan sentiasa meleleh dan semburannya tidak rapi.

  • Semburan perfume original dapat bertahan selama 24 jam jika disembur pada kertas manakala tiruan hanya bertahan 30 minit.

  • Rasakan terdapat minyak pada kertas semburan dan bukannya air bagi yang tiruan.

  • Perfume original sangat authentik baunya manakala perfume tiruan terserlah bau bahan kimianya.

  • Hindari perfume dari China kerana sebab hampir semua perfume terkenal adalah dari USA atau Europe. Jadi boleh dielakkan dengan memeriksa bar code dengan mudah sekali. Biasanya barcode buatan Made in China ini adalah bemula dengan nombor awalan 690,691,692 & Made in Taiwan bermula dengan 471.
00 -09    Made in USA
30 - 37   Made in France
40 - 44   Made in Germany
49         Made in Japan
50         Made in UK
Diharap tips ini dapat membantu anda membeli perfum dengan betul...


Tuesday 3 April 2012


Khasiat BENDI

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
• Melawaskan pembuangan air kecil
• Boleh meredakan bengkak dan radang
• Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
• Mengubati penyakit gonorea
• Mengubati sifilis
• Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
• Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...