Pages

Wednesday 23 September 2015

Detox...cuka apple?

Apple Cider Viger, atau bahasa melayunya cuka apple, pernah dengar tak?
Tau tak kita boleh detox dengan cuka apple ni, nak tau lebih lanjut bacalah sampai habis..hehehe
Apple Cider Vinegar  ini salah satu sumber makanan yang sangat popular di barat.
Apple Cider Vinegar adalah hasil campuran makanan sunnah seperti madu dan epal. Ianya penuh berkhasiat dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan florid . Selain mengaktifkan proses penghadaman, bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga . Lecithin juga bertindak membantu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan atau memori. Bahan aktif lecithin juga menolong membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut kita.Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat , binti-bintik hitam dan pelbagai masaalah kulit, terutama muka yang berminyak. Juga amat sesuai untuk badan yang berbau.

Apple Cider Vinegar juga adalah salah satu alternative terbaru bagi membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan.  Ia mengandungi bahan aktif yang  bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan. Menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Apple Cider Vinegar ini memberikan satu kelainan buat korang yang mahukan kejelitaan wajah dan tubuh yang kekal berseri dan senantiasa kelihatan menawan.  Ianya dirumus agar kulit kelihatan lebih cantik, sentiasa muda luaran dan dalaman, tanpa mengira usia.
Antara kelebihan Apple Cider Vinegar ini ialah:


DETOX & KURUSKAN BADAN
 

Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.


GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.


TEKANAN DARAH

Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal. 



DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis. 


JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.


KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.


KERACUNAN MAKANAN

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)

KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 



CARA PEMAKANAN

Satu sudu Apple Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.

Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur. 

Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).

Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

Saya memang dah lama mengamalkan cuka apple nie, memang baik untuk kesihatan, masa Ramadan yang lalu, saya x rasa lapar malah lebih bertenaga walaupun makan sahur dalam kuantiti yang sedikit, malah saya juga menyusukan anak, dalam masa yang sama jangan lupa untuk mengamalkan minum air masak sekurang2nya 8 gelas sehari...

sumber : kisah si diary

Friday 20 February 2015

Kelahiran anak ke 5

Masih segar di ingatan sewaktu mgandungkan anak yang ke 5, sewaktu d seawal 29 minggu usia kandunganku, air ketubanku pecah. Tapi tanda2 kontaksi belom ada, jadi aq d masukkan ke wad.
Masalah yang aq hadapi d gelar sebagai PPROM (preterm premature rupture of membranes) Klu cukup usia kandungan hanya d panggil PROM (36 minggu ke atas)

Salah satu sebab leaking air ketuban ialah, keputihan (ni untuk kes aq lah, da byk lgi sbb sbnarnya) Sepanjang kehamilan aq mmg menghadapi keputihan yg teruk (tpi xlah sampai berbau dan warna kehijauan). Tapi ini semua hanyalah tekaan aq dan Dr. namun yang lebih mengetahuinya adalah Allah S.W.T

Klu diikutkan 'master plan' para Dr dan Pakar, aq di tahan sehingga koyakan d ketuban tu bercantum kembali dalam masa yang sama, aq d beri suntikan untuk mematangkan bayi, sepanjang 10 hari aq kna makan antibiotik untuk menghalang bakteria masuk ke ketuban (melalui koyakan kecil d ketuban tadi) dan akhir dalm seminggu 2 kali scan, untuk mengetahui jumlah air ketuban (bertambah atau semakin kurang)

Genap 10 hari aq tinggal d wad, Dr telah scan dan mendapati air ketuban ku semaking berkurangan, pada jam 8pm aq sudah pun terasa kontaksi, tpi yang ringan2 saja, pada jam 11.50pm aq memberitahu nurse yang bertugas kontaksiku semakin kerap dan lama.

Bukaan 4sm, tpi pihak labour room tidak mahu menerimaku kerana mgikut prosider, pesakit PPROM hanya akan dterima sekiranya 'empty' (air ketuban kosong kot) kali kedua check bukaan 6sm dah trus aq d masukkan ke labour room.

Sejurus selepas aq berpindah katil, aq trus teran (sbb dah signal tuk teran, ibu yng berpengalaman tau maksudku) kemudian lahirlah Shafiyya Amyra binti Khairul Khalif berat 1.6kg.

Ingatkan dah beranak settle semua, rupanya bayiku d tahan d NICU level satu untuk pemerhatian berat badannya, Seminggu juga kami d tahan. Skng bayiku genap 4 bulan, syukurlah wlaupun premature baby tpi semuanya ok, hanya badannya kecil sedikit dr abg dan kakaknya. Fizikal sahaja yang berbeza tetapi sifat aktive dan nakalnya aduh, cukup menghiburkan hati.

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...