Pages

Saturday 22 March 2014

Cheese cake

Sekarang nie femes cheese cake, aku suka makan, dulu masa pi raya kat umah orang cheese cake dorang aku rembat sampai habis, hehehe
Kali ni aku nak cuba buat sendiri, ni resipi aku dapat dari blog (tapi aku lupa blog mana sbb dah lama, dan resipinya terselit d buku dah :)
Dan resipi nie aku dah ubah ikut citarasa aku sendiri...jom ke dapur!!!

Bahan-bahan
4 biji telur (asing putih dan kuningnya)
100gm butter
100gm tepung
100gm gula
250ml susu segar + 50ml susu sejat atau anda boleh menggunakan salah satu (susu segar atau sejat sahaja 300ml)
200gm cream cheese (atau 6 slice cheese)

Cara-caranya

Meringue -> pukul putih telur dan gula sehingga bertanduk (dalam proses ni pasti pemukul dan bowl bersih dan kering, pastikan putih telur juga tidak mengandungi sebarang kuning telur sekiranya itu terjadi anda perlu ulang semula dengan putih telur yang baru)

Dalam sos pan, masak butter, susu dan slice cheese sehingga cheese cair dan sebati (masak menggunakan api sederhana)

Pukul telur kuning sehingga kembang

Campurkan kuning telur dan adunan yang dimasak tadi, gaul sehingga sebati

Masukkan tepung sedikit demi sedikit (agar tepung tidak berketul2 dan mudah sebati)

Ambil 1/4 merengue tadi, menggunakan keadah kaup balik sehingga sebati, kemudian tuang adunan tadi ke 3/4 meringue tadi, dengan keadah kaup balik gaul sehingga sebati

Masukkan ke dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas minyak dan disapu dengan butter, masak dalam 150c masa 1 jam.... (masak menggunakan keadah waterbath atau bain marie) keadah ini adalh meletakkan air dalam dulng yang lebih besar, klu x paham juga pi google...hehehe
Selamat mencuba..

**sekiranya anda ingin membuat snow cheese atau cheese kek leleh anda bolehlah ikuti resipi creamnya di bawah atau anda juga boleh hidang tanpa cream, pilihan anda!

Untuk creamnya pulak (pilihan anda)
200gm cream cheese
50ml whipping cream
200gm Cheddar cheese (di parut)

Pukul whipping cream dan cream cheese sehingga sebati

Kek tadi disejukkan dan di potong dua bahagian, tuang adunan ke kepingan pertama, kemudian lapis kek kedua dan tuang adunan selebihnya , taburkan cheddar cheese d atas kek dan hidangkan untuk keluarga tersayang^^v

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

No comments:

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...