Pages

Saturday 22 March 2014

Cheese cake

Sekarang nie femes cheese cake, aku suka makan, dulu masa pi raya kat umah orang cheese cake dorang aku rembat sampai habis, hehehe
Kali ni aku nak cuba buat sendiri, ni resipi aku dapat dari blog (tapi aku lupa blog mana sbb dah lama, dan resipinya terselit d buku dah :)
Dan resipi nie aku dah ubah ikut citarasa aku sendiri...jom ke dapur!!!

Bahan-bahan
4 biji telur (asing putih dan kuningnya)
100gm butter
100gm tepung
100gm gula
250ml susu segar + 50ml susu sejat atau anda boleh menggunakan salah satu (susu segar atau sejat sahaja 300ml)
200gm cream cheese (atau 6 slice cheese)

Cara-caranya

Meringue -> pukul putih telur dan gula sehingga bertanduk (dalam proses ni pasti pemukul dan bowl bersih dan kering, pastikan putih telur juga tidak mengandungi sebarang kuning telur sekiranya itu terjadi anda perlu ulang semula dengan putih telur yang baru)

Dalam sos pan, masak butter, susu dan slice cheese sehingga cheese cair dan sebati (masak menggunakan api sederhana)

Pukul telur kuning sehingga kembang

Campurkan kuning telur dan adunan yang dimasak tadi, gaul sehingga sebati

Masukkan tepung sedikit demi sedikit (agar tepung tidak berketul2 dan mudah sebati)

Ambil 1/4 merengue tadi, menggunakan keadah kaup balik sehingga sebati, kemudian tuang adunan tadi ke 3/4 meringue tadi, dengan keadah kaup balik gaul sehingga sebati

Masukkan ke dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas minyak dan disapu dengan butter, masak dalam 150c masa 1 jam.... (masak menggunakan keadah waterbath atau bain marie) keadah ini adalh meletakkan air dalam dulng yang lebih besar, klu x paham juga pi google...hehehe
Selamat mencuba..

**sekiranya anda ingin membuat snow cheese atau cheese kek leleh anda bolehlah ikuti resipi creamnya di bawah atau anda juga boleh hidang tanpa cream, pilihan anda!

Untuk creamnya pulak (pilihan anda)
200gm cream cheese
50ml whipping cream
200gm Cheddar cheese (di parut)

Pukul whipping cream dan cream cheese sehingga sebati

Kek tadi disejukkan dan di potong dua bahagian, tuang adunan ke kepingan pertama, kemudian lapis kek kedua dan tuang adunan selebihnya , taburkan cheddar cheese d atas kek dan hidangkan untuk keluarga tersayang^^v

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Monday 17 March 2014

Kek lapis marie

Kek lapis marie..hrmm, actually aku tak berapa minat dengan rupa dan rasanya masa aku kecil dulu (as I remember) Masa aku kecil dulu, kek ni aku tak pernah rasa atau terlintas d fikiran untuk memakannya...itu satu ketika yang lalu..
Sekarang aku terpaksa untuk meminati, rasa dan mencintainya kerana kek ini adalah one of fav my hubby and kids -_-"
Caranya memang mudah sebab tak perlu guna oven , hanya perlu sejukkan di peti sejuk ( ala2 kek cheese plak)

Ok, bahan-bahannya
200gm biskut marie
200gm butter (aku guna dalam 180gm)
1 cawam Milo (atau pa2 perisa minuman chocolate)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air suam panas
1 sk nescafe (sukahati nak letak tau tak)
1 biji telur

Cara-caranya
1. Pecah2kan biskut Marie kepada 4 bahagian dan ketepikan

2. Campurkan milo dan air suam, gaul sehingga sebati

3. Panaskan butter sehingga separuh cair dan masukkan semua bahan2 kecuali telur, dan gaul sehingga sebati (api dapur sederhana)

4. Masukkan telur dan gaul secepat mungkin kerana takut telur masak dan ianya akan menyebabkan bahan2 tadi berketul2

5. Akhir sekali, masukkan biskut Marie (pastikan api dapur telah pun dipadamkan) gaul sehingga sebati

6. Tuangkan adunan tadi ke loyang, tekan2 sedikit adunan tadi dengan sudu agar adunan mampat dan balance, biar sejuk seketika dalam 10 minit, simpan dalam peti sejuk semalaman.
..
Mudah kan! Pastinya anda boleh mencubanya sendiri d rumah ^^v
Dan sekarang aku plak akan menikmati rasa air tanganku sendiri bersama2 dengan hubby dan anak2!!

# sekiranya anda memilih untuk tidak mahu menggunakan telur itu adlah pilihan anda
# sebelum telur d campur, aku akan pukul telur sedia dlm mangkuk sebelum mencampurkan dengan bahan2 lain
# anda juga boleh menggunakan 1 cawan susu pekat sekiranya anda tidak mahu meletakkan gula
# anda juga boleh tambahkan 1sk vanilla esen untuk lebih wangi dan kelainan rasa

Posted via Blogaway

Thursday 6 March 2014

Keropok Lekor


Semalaman tidur tak lena, tidur ku dganggu oleh kesejukan yang amat sangat. Pukul tiga pagi , aku pi usher media sosial, mana tau benda tu boleh buat aku ngantuk. Aku pi tengok2 gambar makanan, terliur plak bila nampak keropok lekor, yummy!! lama da merasa keropok lekor, kat cni xda jual da :( Jadi aku nak buat keropok lekor homemade

Bahan-bahannya
Ikan kembung
Tepung ubi/kanji
Secubit garam
Msg (pilihan anda)

Cara-caranya

1. Mula2 bersihkan ikan, buangkan isi perutnya, pastu asingkan isi dengan tulang.

2. Blendkan isi ikan atau cincang isi ikan atau guna lesung batu

3. Tambahkan perasa pada isi ikan ( garam atau msg pilihan anda)

4. Gaulkan isi ikan dan tepung sehingga sebati, bentukkan bulat leper, rebuskan

5. Lepas rebus tadi, bolehlah potong kecil2 dan goreng.
Sos

Bahan-bahan

Cili kering
Bawang putih
Gula perang
Sos cili
Cuka

Cara-cara

Blend bawang , cili kering dan cuka, tambah gula dan sos cili.
Siap!!!
Psst : untuk sos keropok lekor lebih sedap jika ditambah sos ikan ^^, v

Posted via Blogaway

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...