Pages

Wednesday 12 February 2014

Marshmallow


Pertama kali membuat marshmallow, aku idamkan ianya akan menjadi sesempurna seperti khayalan aku...hasilnya ianya berbau dan tidak segebu seperti yang aku mahu :(
Ya, aku manusia biasa tidak lari dari membuat kesilapan dan lalai, lalu demi menebus kesilapan lalu aku teruskan juga  misi membuat marshmallow untuk kali ke 2...hehe!
Sebelum tu, aku megulangkaji kejap kat buku resipi, blog ,serta youtube(tutorial yang da di muka bumi) untuk mendapatkan hasil yang terbaik!!
Seperti biasa, aku menyediakan bahan2 mengikut sukatan, keluarkan budak2 dari dapur dan lock pintu dapur agar lebih fokus(t
rrip macam pro plak!!)

Bahan-bahannya

1/2 cwn air sejuk (untuk gelatin)
2 sd gelatin (pastikan halal)
1/2 cwn air (untuk sauce pan)
1cwn gula
1cwn light corn syrup
1/4 garam
2 sd vanilla extract
#Tepung jagung dan aising(untuk taburan)


Cara-caranya

= Taburkan tepung + aising pada loyang, ketepikan
= Campurkan gelatin dan air, gaulkan dan biarkan (letak sedia ke dalam standing hand mixer)
> Gula , garam , air dan cornsyrup dipanaskan dengan api sederhana..Gaul perlahan2
> Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan mendidih lagi selama 5 minit (sekiranya anda ada thermometer anda ukur suhu capai sehingga 180c)
> Tuangkan bahan2 tadi ke standing handmixer pada kelajuan paling perlahan
=> Tuang vanilla extract dan ubah kelajuan kepada maximum


=> Biarkan selama beberapa minit, anda akan melihat warnanya akan berubah (akan kelihatan seperti whipping cream:)
=> Sentuh pada tepi mangkuk standing handmixer , hentikan sekiranya panasnya kurang(suam2 gitu)
=> Tuangkan bahan pada loyang yang sudah ditabur dengan tepung + aising tadi...Taburkan lebihan tepung + aising pada atas marshmallow..


=> Biarkan selama 4 jam atau semalaman
=> Potong mengikut bentuk pilihan.
Boleh juga dinikmati bersama Hot chocolate atau digunakan untuk menghasilkan marshmallow cheese kek
Selamat mencuba dan nikmati hasilnya~

Posted via Blogaway

Sunday 9 February 2014

Semuanya kerana Mozzarella

Cuaca mendung ari nie, memang terasa tekak nak makan sesuatu tapi malas nak memotong, menumis bagai dan semestinya malas nak makan nasi...hehehe..rasa hati nak makan sesuatu berkonsepkan cheese..sebenarnya x terlintas lansung pun, cuma adikku yang sakit ni berselera pelik, nak makan mozzarella katanya..nak x nak kami beramai2 pi kedai semata2 nak beli cheese mozzarella lalu terserempak ngan cream cheese(saja2 mana tau rajin2 buat tiramisu plak)..

Ok, bahan2 nak buat doh pizza ni aku ambik dan experience sendiri, manatau ngam ke x ngam selera aku..memandangkan selera kita memang pelbagai so, aku ubah ikut citarasa aku sendiri lah..hohoho

Bahan2 yang asas untuk membuat doh pizza ialah;

Cara-caranya
1) Yis dituangkan ke air suam panas, ketepikan (lebih kurang 5 min)
2) Gaulkan semua bahan-bahan kering sehingga sebati
3) Satukan bahan2 kering dan basah(gunakan mixer atau tgn pilihan anda, aku sendiri gaul ngan tgn:)
4) Bulatkan doh dan biarkan 30min (biarkan doh megembang 2x ganda saiz asal)
5) Tumbuk2 doh tersebut, dan terus bentukkan ikut pilihan , aku bulat saja..
6) Letakkan topping atas doh tadi dan bakar dalam 300c , 15 min atau sehingga kekuningan..
Nilah hasil karya aku (sebelum dibakar), untuk topping ni aku cuma guna Sos Prego mushroom (sos pasta dlm tin) , sosej, mozzarella cheese (sepatutnya diparut dan ditaburkan:) dan cheddar cheese..mudahkan!

Nilah rupanya selepas dibakar..


*Air suam panas untuk yis tidak boleh terlalu panas, jika tidak yis akan mati dan doh tidak akan mengembang
*Bahan -bahan kering hendaklah ditapis dahulu
*aku menggunakan tepung naik sendiri(klu nak lebih crispy bolehlah menggunakan tepung roti)
* Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu, sekurang-kurangnya 10min sebelum
*sekiranya doh lembik dan melekit d tgn tambahkan tepung, jangan tambah tepung terlalu byk agar rasanya tidak hilng
*Untuk topping anda boleh mengunakan imaginasi dan kreativiti anda sendiri agar lebih menepati citarasa anda...
Selamat mencuba:)

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...