Pages

Friday 19 April 2013

swiss roll kecewa

Arini mood aq bek punya, rajin nak sajikan keluarga ngan swiss roll..budak2 suka sangat makan, aq lagilah bertambah2 suka sebabnya, pertama confirm habis kedua paling mudah dibuat!
Swiss roll nie klu nak membuatnya x makan masa, tak banyak karenah! Tapi nilah nak dibuat story nie kat entry kali nie, aq tak tau mana silapnya, sampai 3 kali aq buat baru menjadi! Cuba bayangkan, nasiblah bahan2 dan nak membuat tak makan masa sangat, tapi tulah yang aq geram sangat2, kek ni bukan sekali dua aq buat, berkali2 tetiba jak skng nie kek tu buat hal, aq pun x taulah...(lepas swiss roll ke2 aq tau da sebabnya ....aq yg wat salah.. terlebih bakar...hahaha)

Klu nak try resipi boleh jak, nie yang basicnya, klu rajin buat lah experimen sdiri^^

110g castor sugar
110g self raising flour
3 large egg

pukul telur dan gula sehingga kembang, then dengan kaedah fold in masukkan tepung perlahan-lahan.Bila sebati semua bahan then bolehlah bakar dalam oven yang sedia di panaskan kira 10min sebelum membakar kek suhu 160c masak dalam 8-10 min je..hehe
Bila da siap, keluarkan sekejap tuk disejukkan sebelum digulung...klu nak toturial belh tgk kat youtube, kat cna da byk variasi swiss roll aq punya resipi basic gila! haha...k lah selamat mencuba! xoxo

Monday 15 April 2013

RESIPI PES MEXICAN



Pes Mexican
Bahan-bahan
227g gula aising
3 sudu kecil gum tragacanth
6 sudu kecil air (suhu bilik)
Sedikit lemak sayuran (shortening)

Cara-cara untuk menyediakan
  1. Ayak gula aising bersama gum tragacanth. Masukkan ke dalam mangkuk mesin pegadun jika menggunakan mesin.
  2. Tambahkan air
  3. Jika menguli dengan tangan sapukan dengan sedikit  lemak sayuran. Uli sehingga doh menjadi licin.
  4. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
  5. Masukkan doh ke dalam bekas kedap udara pada suhu bilik dan biarkan Selama 12 jam sebelum digunakan.
Cara untuk menyimpan Pes Mexican adalh sama dengan pes gam.

Sunday 14 April 2013

RESEPI PES GAM



Resipi Pes Gam

Bahan-bahan (untuk 500g)
500g gula aising
10g gum tragacanth
1 ½ sudu besar air (suhu bilik)
2 sudu kecil glukos cecair
15g lemak sayuran (shortening)
1 Biji putih telur (saiz besar)

Cara untuk menyediakan
  1. Ayak gula aising bersama gum tragacanth. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Di mangkuk yang berbeza, taburkan serbuk gelatin ke dalam air, biarkan ia kembang.
  3. Masukkan gelatin yng telah kembang ke dalam periuk kecil dan masak dengan keadah Double boil kacau sehingga gelatin hancur dan cair.
  4. Kemudian, campurkan glukos dan lemak sayuran.Kacau lagi lagi sehingga bancuhan cair dan tidak kental.Angkat dari api dan biarkan sejuk.
  5. Tuangkan ke campuran ke dalam gula aising. Uli sebentar, kemudian campurkan putih telur.Uli sehingga doh menjadi elastik. Jika adunan terlalu kering tambahkan lagi putih telur.
  6. Masukkan doh ke dalam bekas kedap udara pada suhu bilik dan biarkan selama 12 jam sebelum digunakan.
Sebagaimana pes gula, pes gam juga cepat mongering. Oleh itu. Pastikan pes yang tidak digunakancsentiasa ditutup. Pes gam boleh dibekukan di dalam peti sejuk tetapi perlu dikeluarkan awal supaya ia lembut ketika hendak digunakan. SELAMAT MENCUBA^^

Saturday 13 April 2013

RESIPI PES GULA



Resipi Pes Gula

Bahan-bahan (untuk 1kg)
17g serbuk gelatin
¼ cawan air (suhu bilik)
½ cawan glukos cecair
30g lemak sayuran (shortening)
22g gliserin
1kg gula aising

Cara-cara untuk menyediakan
  1. Taburkan serbuk gelatin ke dalam air, biarkan seketika sehingga ia kembang.
  2. Masukkan gelatin ke dalam periuk kecil dan panaskan dengan mengunakan keadah Double Boil .Kacau sehingga gelati hancur dan menjadi cair.
  3. Campurkan glukos dan kacau lagi sehingga bancuhan cair dan tidak kental.
  4. Masukkan lemak sayuran dan kacau seketika sehingga ia tidak berketul.
  5. Angkat dari api dan tambahkan gliserin. Biarkan kesemua campuran menjadi suam selama 5 minit.
  6. Masukkan gula aising ke dalam mangkuk yang besar dan buat lubang di tengah-tengah.Tuangkan campuran tadi di tengah  gula aising, gaulkan seingga menjadi doh. Jika telalu keras tambahkan beberapa sudu kecil air dan uli lagi. Jika doh tadi terlalu lembut tambahkan sedikit gula aising yang telah diayak.
Masukkan doh ke dalam bekas kedap udara pada suhu bilik dan biarkan selama sejam sebelum digunakan. Oleh kerana tidak mengandungi bahan awet khas, doh ini boleh tahan lama sehingga lebih kurang sebulan, jika di simpan dalan suhu bilik. SELAMAT MENCUBA^^

Friday 12 April 2013

Pes Modeling



Pes Modeling
Pes ini digunakan untuk membuat modeling seperti bentuk manusia , binatang atau bentuk yang diingini. Juga untuk efek fabric dan digunakan dengan acuan. Cara yang paling mudah untuk membuat pes modeling adalah dengan mencampurkan pes gula dengan pes gam.
Sekiranya pes gula lembut, campurkan lebih pes gam.Sebaliknya jika pes gula cukup keras campurkan sedikit sahaja pes gam. Dengan campuran ke dua-dua bahan ini membolehkan model yang dihasilkan boleh berdiri dan tidak rebah.
Pes modeling juga boleh dihasilkan dengan mencampurkan 1 sudu kecil gum tragacanth kepada 250g pes gula.

Thursday 11 April 2013

Pes Mexican



Pes Mexican
Pes Mexican sesuai digunakan dengan sebarang penerapan kerana ia senang dipotong, tidak elastic dan dapat mengekalkan bentuk asal penerapan. Patchwork cutter biasanya digunakan untuk penerapan pes ini. Resipi Pes Mexican.

Wednesday 10 April 2013

Pes Gam



Pes Gam
Pes Gam atau gumpaste juga lebih dikenali sebagai doh bunga (flower paste). Beza antara Pes Gula dan Pes gum adalah teksturnya pes gam adalah lebih elastic berbanding pes gula. Pes gam ini boleh dicanai sehingga nipis untuk membentuk kelopak bunga dan sebagainya, akan tetapi pes gan ini harus disimpan di bawah plastic wrap selepas dibentuk untuk mengekalkan kelembapannya. Ini kerana pes gam yang telah kering akan menjadi keras dan tidak boleh digunakan. Pes gam ini juga boleh dibuat sendiri.Cari  Resipi Pes Gum Homemade  untuk resipi. Pes gum boleh dibekukan selama beberapa bulan, dan bekukan di dalam beberapa bekas kecil supaya ia dapat dinyabekukan dengan cepat.

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...