Pages

Monday 17 March 2014

Kek lapis marie

Kek lapis marie..hrmm, actually aku tak berapa minat dengan rupa dan rasanya masa aku kecil dulu (as I remember) Masa aku kecil dulu, kek ni aku tak pernah rasa atau terlintas d fikiran untuk memakannya...itu satu ketika yang lalu..
Sekarang aku terpaksa untuk meminati, rasa dan mencintainya kerana kek ini adalah one of fav my hubby and kids -_-"
Caranya memang mudah sebab tak perlu guna oven , hanya perlu sejukkan di peti sejuk ( ala2 kek cheese plak)

Ok, bahan-bahannya
200gm biskut marie
200gm butter (aku guna dalam 180gm)
1 cawam Milo (atau pa2 perisa minuman chocolate)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air suam panas
1 sk nescafe (sukahati nak letak tau tak)
1 biji telur

Cara-caranya
1. Pecah2kan biskut Marie kepada 4 bahagian dan ketepikan

2. Campurkan milo dan air suam, gaul sehingga sebati

3. Panaskan butter sehingga separuh cair dan masukkan semua bahan2 kecuali telur, dan gaul sehingga sebati (api dapur sederhana)

4. Masukkan telur dan gaul secepat mungkin kerana takut telur masak dan ianya akan menyebabkan bahan2 tadi berketul2

5. Akhir sekali, masukkan biskut Marie (pastikan api dapur telah pun dipadamkan) gaul sehingga sebati

6. Tuangkan adunan tadi ke loyang, tekan2 sedikit adunan tadi dengan sudu agar adunan mampat dan balance, biar sejuk seketika dalam 10 minit, simpan dalam peti sejuk semalaman.
..
Mudah kan! Pastinya anda boleh mencubanya sendiri d rumah ^^v
Dan sekarang aku plak akan menikmati rasa air tanganku sendiri bersama2 dengan hubby dan anak2!!

# sekiranya anda memilih untuk tidak mahu menggunakan telur itu adlah pilihan anda
# sebelum telur d campur, aku akan pukul telur sedia dlm mangkuk sebelum mencampurkan dengan bahan2 lain
# anda juga boleh menggunakan 1 cawan susu pekat sekiranya anda tidak mahu meletakkan gula
# anda juga boleh tambahkan 1sk vanilla esen untuk lebih wangi dan kelainan rasa

Posted via Blogaway

No comments:

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...