Pages

Saturday 27 September 2014

Telur Tofu mudah



Assalammualaikum dan selamat tengah hari..


Dah masak tuk makan tengah hari atau masi blur xda idea nak masak apa?
Hari nie, saya nak masak yang mudah dan hijau...
Anak-anak saya suka makan telur dan sayur, so hari nie nak pelbagaikan sedikit lauk (sebab lauk wajib anak-anak ialah telur)
Hari nie nak masak Egg Tofu, biasanya da yang gemar Egg Tofu dalam Hot Pot...Tapi resipi ni x pakai pun Hot Pot nie..masak atas dapur biasa, dan macam kewajipanlah setiap orang da warna dapur tersendiri mengikut citarasa masing2, maksud saya resipi nie memang resipi derhaka sbb ikut sukahati saya nak masak camna :) sangat mudah...Jom Masak!
Bahan-bahannya

  1. 2 kiub Egg Tofu
  2. 2 ulas bawang merah, dipotong halus
  3. 2 ulas bawang putih, dipotong halus
  4. 1 inci halia, diketuk2
  5. sayur sweet corn
  6. sayur brokoli (dipotong kecil2)
  7. 1 sudu sos tiram
  8. sedikit garam dan serbuk perasa
  9. 1 sudu tepung jagung + sedikit air (ni untuk memekatkan kuah, klu x letak pun xda masalah)








Nilah rupa egg tofu yg dah digoreng

  • Mula-mula, potong tengah Egg Tofu untuk keluarkan Tofu dari plastik, dan dipotong 6.
  • Goreng dalam minyak yang panas sekejap (Deep Fry) sehingga warnanya keperangan, angkat dan toskan
  • Ambil sedikit minyak bekas goreng tofu tadi, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia, sampai naik bau
  • Masukkan sayur brokoli dan sayur jugung, gaul sebentar, tambahkan air
  • Masukkan sos tiram, garam dan perasa gaulkan dan dibiarkn mendidih sebentar
  • Terakhir masukkan tofu tadi, gaulkan dan tutup api dapur
  • Siap untuk dihidang! Mudahkan..
    Sekarang anda boleh cuba masak sendiri di rumah, sekiranya anda suka pekat, anda boleh tambahkan 1 sudu tepung jagung atau kanji + sedikit air pada langkah terakhir, klu terlalu pekat tambahkan lagi sedikit air
    Sayur dan egg tofu, anak-anak suka makan,dan saya suka masak sebab mudah dan berkhasiat





Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...