Pages

Sunday 9 February 2014

Semuanya kerana Mozzarella

Cuaca mendung ari nie, memang terasa tekak nak makan sesuatu tapi malas nak memotong, menumis bagai dan semestinya malas nak makan nasi...hehehe..rasa hati nak makan sesuatu berkonsepkan cheese..sebenarnya x terlintas lansung pun, cuma adikku yang sakit ni berselera pelik, nak makan mozzarella katanya..nak x nak kami beramai2 pi kedai semata2 nak beli cheese mozzarella lalu terserempak ngan cream cheese(saja2 mana tau rajin2 buat tiramisu plak)..

Ok, bahan2 nak buat doh pizza ni aku ambik dan experience sendiri, manatau ngam ke x ngam selera aku..memandangkan selera kita memang pelbagai so, aku ubah ikut citarasa aku sendiri lah..hohoho

Bahan2 yang asas untuk membuat doh pizza ialah;

Cara-caranya
1) Yis dituangkan ke air suam panas, ketepikan (lebih kurang 5 min)
2) Gaulkan semua bahan-bahan kering sehingga sebati
3) Satukan bahan2 kering dan basah(gunakan mixer atau tgn pilihan anda, aku sendiri gaul ngan tgn:)
4) Bulatkan doh dan biarkan 30min (biarkan doh megembang 2x ganda saiz asal)
5) Tumbuk2 doh tersebut, dan terus bentukkan ikut pilihan , aku bulat saja..
6) Letakkan topping atas doh tadi dan bakar dalam 300c , 15 min atau sehingga kekuningan..
Nilah hasil karya aku (sebelum dibakar), untuk topping ni aku cuma guna Sos Prego mushroom (sos pasta dlm tin) , sosej, mozzarella cheese (sepatutnya diparut dan ditaburkan:) dan cheddar cheese..mudahkan!

Nilah rupanya selepas dibakar..


*Air suam panas untuk yis tidak boleh terlalu panas, jika tidak yis akan mati dan doh tidak akan mengembang
*Bahan -bahan kering hendaklah ditapis dahulu
*aku menggunakan tepung naik sendiri(klu nak lebih crispy bolehlah menggunakan tepung roti)
* Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu, sekurang-kurangnya 10min sebelum
*sekiranya doh lembik dan melekit d tgn tambahkan tepung, jangan tambah tepung terlalu byk agar rasanya tidak hilng
*Untuk topping anda boleh mengunakan imaginasi dan kreativiti anda sendiri agar lebih menepati citarasa anda...
Selamat mencuba:)

No comments:

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...