Pages

Friday 20 February 2015

Kelahiran anak ke 5

Masih segar di ingatan sewaktu mgandungkan anak yang ke 5, sewaktu d seawal 29 minggu usia kandunganku, air ketubanku pecah. Tapi tanda2 kontaksi belom ada, jadi aq d masukkan ke wad.
Masalah yang aq hadapi d gelar sebagai PPROM (preterm premature rupture of membranes) Klu cukup usia kandungan hanya d panggil PROM (36 minggu ke atas)

Salah satu sebab leaking air ketuban ialah, keputihan (ni untuk kes aq lah, da byk lgi sbb sbnarnya) Sepanjang kehamilan aq mmg menghadapi keputihan yg teruk (tpi xlah sampai berbau dan warna kehijauan). Tapi ini semua hanyalah tekaan aq dan Dr. namun yang lebih mengetahuinya adalah Allah S.W.T

Klu diikutkan 'master plan' para Dr dan Pakar, aq di tahan sehingga koyakan d ketuban tu bercantum kembali dalam masa yang sama, aq d beri suntikan untuk mematangkan bayi, sepanjang 10 hari aq kna makan antibiotik untuk menghalang bakteria masuk ke ketuban (melalui koyakan kecil d ketuban tadi) dan akhir dalm seminggu 2 kali scan, untuk mengetahui jumlah air ketuban (bertambah atau semakin kurang)

Genap 10 hari aq tinggal d wad, Dr telah scan dan mendapati air ketuban ku semaking berkurangan, pada jam 8pm aq sudah pun terasa kontaksi, tpi yang ringan2 saja, pada jam 11.50pm aq memberitahu nurse yang bertugas kontaksiku semakin kerap dan lama.

Bukaan 4sm, tpi pihak labour room tidak mahu menerimaku kerana mgikut prosider, pesakit PPROM hanya akan dterima sekiranya 'empty' (air ketuban kosong kot) kali kedua check bukaan 6sm dah trus aq d masukkan ke labour room.

Sejurus selepas aq berpindah katil, aq trus teran (sbb dah signal tuk teran, ibu yng berpengalaman tau maksudku) kemudian lahirlah Shafiyya Amyra binti Khairul Khalif berat 1.6kg.

Ingatkan dah beranak settle semua, rupanya bayiku d tahan d NICU level satu untuk pemerhatian berat badannya, Seminggu juga kami d tahan. Skng bayiku genap 4 bulan, syukurlah wlaupun premature baby tpi semuanya ok, hanya badannya kecil sedikit dr abg dan kakaknya. Fizikal sahaja yang berbeza tetapi sifat aktive dan nakalnya aduh, cukup menghiburkan hati.

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...