Pages

Saturday 13 April 2013

RESIPI PES GULA



Resipi Pes Gula

Bahan-bahan (untuk 1kg)
17g serbuk gelatin
¼ cawan air (suhu bilik)
½ cawan glukos cecair
30g lemak sayuran (shortening)
22g gliserin
1kg gula aising

Cara-cara untuk menyediakan
  1. Taburkan serbuk gelatin ke dalam air, biarkan seketika sehingga ia kembang.
  2. Masukkan gelatin ke dalam periuk kecil dan panaskan dengan mengunakan keadah Double Boil .Kacau sehingga gelati hancur dan menjadi cair.
  3. Campurkan glukos dan kacau lagi sehingga bancuhan cair dan tidak kental.
  4. Masukkan lemak sayuran dan kacau seketika sehingga ia tidak berketul.
  5. Angkat dari api dan tambahkan gliserin. Biarkan kesemua campuran menjadi suam selama 5 minit.
  6. Masukkan gula aising ke dalam mangkuk yang besar dan buat lubang di tengah-tengah.Tuangkan campuran tadi di tengah  gula aising, gaulkan seingga menjadi doh. Jika telalu keras tambahkan beberapa sudu kecil air dan uli lagi. Jika doh tadi terlalu lembut tambahkan sedikit gula aising yang telah diayak.
Masukkan doh ke dalam bekas kedap udara pada suhu bilik dan biarkan selama sejam sebelum digunakan. Oleh kerana tidak mengandungi bahan awet khas, doh ini boleh tahan lama sehingga lebih kurang sebulan, jika di simpan dalan suhu bilik. SELAMAT MENCUBA^^

No comments:

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...