Pages

Saturday 17 November 2012

Donut^^

Ini resipi yang saya ringkas dan mudah untuk di cuba, 
donut ini sangat gebu walaupun sudah sejuk
cubalah^^

Donut
  • 1 cawan Tepung
  • sepeket yis kering (saya guna mauripan)
  • 1/4 cawan air suam panas
  • secubit garam halus
  • 1 sb susu pekat manis (saya gantikan dengan 1sk gula +  2 sk coffemate/susu tepung)
  • 1 sk margerin/butter
  1. Campurkan yis dan air suam, ketepikan dalam 5 minit (supaya yis tersebut aktif)
  2. Gaulkan tepung , margerin/butter, susu pekat manis dan garam sehingga sebati (sampai xda ketul2 lagi)
  3. Kemudian masukkan air suam yg telah di campurkan dengan yis tadi ke dalam aduanan kering
  4. Gaulkan sehingga menjadi doh, sekiranya doh terlalu lembut taburkan tepung sedikit dan uli lagi sehingga doh tadi menjadi lembut.
  5. Rehatkan doh tadi selama 30-1 jam (mengikut suhu semasa)
  6. Bila doh tadi mengembang, tumbuk-tumbuk sedikit doh bagi mengeluarkan angin, kemudian bahagikan dan bentuk sebanyak 5 bahagian
  7. Rehatkan lagi doh tadi biar mengembang 2 kali
  8. Panaskan minyak , gorengkan sehingga warnanya kekuningan.
*sekiranya anda membuat banyak adunan dan ingin menyimpannya anda boleh mengoreng sekejap donut yang telah kembang dan simpan ke dalam peti ais, boleh tahan sehinnga 2 hari. (donut di goreng sekejap untuk mematikan yis , jangan di goreng sehingga kekuningan)

Kebiasaannya donut di taburkan dengan gula halus atau gula aising, tapi saya dan anak-anak lebih suka letak frosting pada donut. Cara- cara untuk membuat fosting sangat-sangat mudah^^

Frosting
  • gula aising
  • air panas
  • chocalate rice
 Gaulkan gula aising dan air panas (biar pekat), celupkan donut dan kemudian celup kan chocolate rice, dan hidangkan^^

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...