Pages

Wednesday 2 May 2012

kek coklat moist amerika

Kelmarin duduk rumah...bgn pun lewat (sengaja coz jarang cuti),
bla da bagun x tau nak wat pa, then idea datang nak buat kek coklat moist nie..Nak buatnya mudah dan jimat masa..

bahan- bahan
360gm Tepung naik sendiri
1/2 sudu soda bikarbonat
250gm mentega
500gm gula castor
120g serbuk koko
2 cawan air panas mendidih
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

-bancuh koko dengan 1 cawan air panas, kacau hingga sebati, dan campurkan air secawan lagi.
tapis dan sejukkan.
-pukul mentega dan gula hingga sebati (adunan bewarna putih dan gebu) dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar. Masukkan vanilla.
- perlahankan kelajuan, kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit berselang-seli dengan bancuhan koko tadi sehingga habis.
-setelah adunan tadi sebati, masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak, dan bakar pada suhu 150c selama 1 1/4 jam.

*pastikan ketuhar sedia panas sebelum masukkan adunan
* 40min pertama jangan di buka ketuhar kerana ia akan menyebabkan kek kecut
*untuk pastikan kek sudah masak, ambil lidi dan cucukkan ke tengah kek, sekiranya lidi bersih itu bermakna kek sudah masak

maaflah saya lupa nak ambil gambar yang dah siap dimasak..kek pun tak sempat nak letak topping da habis dimakan oleh anak-anak^^
selamat mencuba....



No comments:

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...