Pages

Thursday 5 April 2012

Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza (kulit kering, kulit berminyak & kulit sensitif) begitu juga dengan bau badan kita( wangi atau berbau)^^,
Biasanya ada jenis orang yang memakai apa sahaja jenis perfume bau nya tahan lama walaupun dia hanya memakai perfume cologne. Hrmm, ini memang wujud, bukan rekaan semata-mata ...so, baca selanjutnya..hehe^^
  • Jenis kulit 
Kulit Kering
  1. Lazimnya untuk jenis kulit ini, apabila perfume sudah di semburkan ke arah badan , kebiasaannya bau itu lansung tidak menyerlah atau cepat hilang selapas beberapa jam :( 
  2. Digalakkan memakai losyen sebelum memakai perfume. Ini kerana, badan anda tidak mempunyai minyak dalam kulit untuk menahan bau minyak wangi daripada hilang.
  3. Untuk jenis kulit kering amat di galakkan mengunakan perfume jenis EDP, bau EDP akan lebih lama dengan anda dan baunya akan lebih 'mild' dengan anda.
  4. Untuk membuatkan perfume yang di pakai tahan lama baunya, pakai bersama losen & gel mandian dalam jenama yang sama (biasanya ada di jual secara set)
Kulit Berminyak
  1. Untuk kulit jenis berminyak pula, biasanya baunya terlalu kuat , bertukar bau dan kadang kala baunya turut hilang.
  2. Dalam pemilihan jenis perfume pula, kulit jenis berminyak di galakkan memakai jenis EDT. Ianya sesuai dalam pemakaian harian biasa dan hanya memakai EDP ketika majlis rasmi.
  3. Minyak yang terdapat dalam kulit biasanya menolong menyerlahkan lagi keharuman perfume dan baunya lebih tahan lama bagi kulit berminyak.
  4. Jika anda memakai EDT, barangkali baunya seperti EDP, jika anda memakai EDP, boleh jadi baunya akan terlalu kuat.
  5. Sama seperti kulit kering anda boleh juga memakai loyen bagi meringankan bau perfume EDP yang anda pakai pada masa yang sama mengekalkan bau perfume anda lebih lama. Cara pemakaian pula berbeza iaitu memakai losyen selepas memakai perfume.
* Jenis perfume EDT lebih menyerlah keharumannya apabila berada di kawasan-kawasan yang sejuk.


No comments:

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...