Pages

Thursday, 7 April 2016

Resipi Kek Span Cheese tanpa Butter dan Susu

Kek Span Tanpa Butter


Assalammualaikum, seperti di entry yang lepas, saya ada bekongsikan satu resipi daripada Form Dest of Chef Juzaili iaitu Kek Span Tanpa Butter/Lemak , resipi ini telah memberikan saya ilham untuk membuat kek span resipi saya sendiri, cara cukup mudah dan menyelerakan In Sya Allah…

Kek Span Cheese Tanpa butter

Bahan-bahan

-1 cawan Tepung
-¾ cawan Gula
-3 Biji Telur
-4 Slice cheese
-2 sudu besar air suam
-1 sudu kecil vanilla essence

**Resipi ini menggunakan 5-6 inch tin pembakar
1.       1 Panaskan oven 190c , pukul telur dan gula dengan menggunakan handmixer sehingga adunan kembang dan gebu.
2.      2  Masukkan Slice cheese dan pukul sebentar.
3.      3 Masukkan tepung dan air suam pukul sebati.
4.       4 Akhir sekali masukkan vanilla essence.
5.       5 Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar masak 190c selama 20-25 min.
6.       Boleh dihidang trus atau anda nak tambah frosting terpulng citarasa anda..
7.       



IMG_20160406_135118.jpg
Saya menggunakan 8inch tin pembakar
IMG_20160406_135113.jpg
rasanya agak gebu dan lite cheese
     
               
                                




Wednesday, 6 April 2016

Resipi Kek Span Tanpa Butter

Assalamualaikum, dah lama x updated entry J ..kebetulan ari ni rasa ati nak mencuba resipi baru tapi yang termudah, yalah dengan cuaca yang panas nie membuatkan badan rasa lemas dan agak malas untuk ke dapur,  tadi saya sempat copy resipi KEK SPAN TANPA BUTTER/LEMAK daripada Form Dest of Chef Juzaili. Resipi ni sangat2 mudah dan ya, memang tidak ada BUTTER di dalam resipi ini…

KEK SPAN TANPA BUTTER/LEMAK

Bahan-bahan

75gm Gula
75gm Tepung
3 Biji telur
1 sudu besar air suam
Secubit garam (diayak sekali bersama tepung)

Cara-cara

1.       Satukan semua bahan-bahan di dalam bekas, pukul dengan menggunakan pemutar eletrik selama 5 minit atau sehingga adunan sebati dan gebu
2.       Tuangkan adunan ke dalam tim pembakar dan bakar dengan suhu 190c selama 5 minit (aku rasa masak dalam 15-20 min)
3.       Sejukkan sebelum dihidangkan….



*ini adalah resipi yang aku ambil daripada Form Dest of Chef Juzaili
So, aku x pasti sebenarnya dia masak dengan menggunakan oven ataupun microwave


Oklah…selamat mencuba~

Tuesday, 15 March 2016

FYI...Tanda-tanda produk yang mengandungi merkuri

Kosmetik dan wanita...keduanya mmg x boleh dipisahkan..rata-rata wanita mahupun remaja perempuan akan memakainya walaupun hanya secalit gincu d bibir..tahukah anda, d dalam produk kosmetik mengandungi merkuri? Mari baca d bawah untuk mengetahui tanda-tanda produk kosmetik yang mengandungi merkuri ^^,

1. Kesan putih seawal satu hari (24 jam) yg mana kita tau ini adelah prubahan pigment warna kulit yg tak normal...

2. Awal pemakaian 2minggu -5 minggu muka kelihatan licin, putih dan jrawat mngecut serta parut memudar

3. Muka akan klihatan kemerah2han (pinkish) .. sbnarnya dsbabkan kulit mnjadi nipis

4. Kulit muka tidak tahan panas

5. stelah 2 -3 bulan pemakaian,akan ade bintik2 halus kluar tanda kurang pengoksidaan akibat kimia brlebihan pada muka...

6. Apabila brhenti pemakaian, jrawat yg tidak biase hadir (jrawat batu) akan kluar dgn byak...

7. kulit kmbali sedia kali dan lebih mnampakan kesan kulit tidak skata dan trbakar.

8. mercuri mampu hidup didalam kulit muka dlm jangka masa yg lama iaitu 5bulan ke 2 tahun

9. Mercuri adalah agent pemutih yg sgt berkesan, tetapi pngambilan yg brlebihan dlm kosmetic akan mnyebabkan pnyakit kulit,buah pinggang dan pnyakit organ lain...

10. kesan tsunami jrawat akibat pngambilan kosmetic mercury slpas brhenti pemakaian akan mngambil masa 6bulan -2 tahun utk sembuhh...

#kosmetic brmercury kbiasaanya adalah product yg mlakukan penjenamaan smula,yakni founder tidak mempunyai kilang sendri utk mnghasilkan product jenama mereka... masing2 hanya menukar bentuk bekas dan label shaja walhal perisian nya adalah sama.. Jd,kesucian dan sukatannya amatlah diragui..

Wednesday, 23 September 2015

Detox...cuka apple?

Apple Cider Viger, atau bahasa melayunya cuka apple, pernah dengar tak?
Tau tak kita boleh detox dengan cuka apple ni, nak tau lebih lanjut bacalah sampai habis..hehehe
Apple Cider Vinegar  ini salah satu sumber makanan yang sangat popular di barat.
Apple Cider Vinegar adalah hasil campuran makanan sunnah seperti madu dan epal. Ianya penuh berkhasiat dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan florid . Selain mengaktifkan proses penghadaman, bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga . Lecithin juga bertindak membantu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan atau memori. Bahan aktif lecithin juga menolong membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut kita.Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat , binti-bintik hitam dan pelbagai masaalah kulit, terutama muka yang berminyak. Juga amat sesuai untuk badan yang berbau.

Apple Cider Vinegar juga adalah salah satu alternative terbaru bagi membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan.  Ia mengandungi bahan aktif yang  bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan. Menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Apple Cider Vinegar ini memberikan satu kelainan buat korang yang mahukan kejelitaan wajah dan tubuh yang kekal berseri dan senantiasa kelihatan menawan.  Ianya dirumus agar kulit kelihatan lebih cantik, sentiasa muda luaran dan dalaman, tanpa mengira usia.
Antara kelebihan Apple Cider Vinegar ini ialah:


DETOX & KURUSKAN BADAN
 

Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.


GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.


TEKANAN DARAH

Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal. 



DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis. 


JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.


KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.


KERACUNAN MAKANAN

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)

KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 



CARA PEMAKANAN

Satu sudu Apple Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.

Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur. 

Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).

Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

Saya memang dah lama mengamalkan cuka apple nie, memang baik untuk kesihatan, masa Ramadan yang lalu, saya x rasa lapar malah lebih bertenaga walaupun makan sahur dalam kuantiti yang sedikit, malah saya juga menyusukan anak, dalam masa yang sama jangan lupa untuk mengamalkan minum air masak sekurang2nya 8 gelas sehari...

sumber : kisah si diary

Friday, 20 February 2015

Kelahiran anak ke 5

Masih segar di ingatan sewaktu mgandungkan anak yang ke 5, sewaktu d seawal 29 minggu usia kandunganku, air ketubanku pecah. Tapi tanda2 kontaksi belom ada, jadi aq d masukkan ke wad.
Masalah yang aq hadapi d gelar sebagai PPROM (preterm premature rupture of membranes) Klu cukup usia kandungan hanya d panggil PROM (36 minggu ke atas)

Salah satu sebab leaking air ketuban ialah, keputihan (ni untuk kes aq lah, da byk lgi sbb sbnarnya) Sepanjang kehamilan aq mmg menghadapi keputihan yg teruk (tpi xlah sampai berbau dan warna kehijauan). Tapi ini semua hanyalah tekaan aq dan Dr. namun yang lebih mengetahuinya adalah Allah S.W.T

Klu diikutkan 'master plan' para Dr dan Pakar, aq di tahan sehingga koyakan d ketuban tu bercantum kembali dalam masa yang sama, aq d beri suntikan untuk mematangkan bayi, sepanjang 10 hari aq kna makan antibiotik untuk menghalang bakteria masuk ke ketuban (melalui koyakan kecil d ketuban tadi) dan akhir dalm seminggu 2 kali scan, untuk mengetahui jumlah air ketuban (bertambah atau semakin kurang)

Genap 10 hari aq tinggal d wad, Dr telah scan dan mendapati air ketuban ku semaking berkurangan, pada jam 8pm aq sudah pun terasa kontaksi, tpi yang ringan2 saja, pada jam 11.50pm aq memberitahu nurse yang bertugas kontaksiku semakin kerap dan lama.

Bukaan 4sm, tpi pihak labour room tidak mahu menerimaku kerana mgikut prosider, pesakit PPROM hanya akan dterima sekiranya 'empty' (air ketuban kosong kot) kali kedua check bukaan 6sm dah trus aq d masukkan ke labour room.

Sejurus selepas aq berpindah katil, aq trus teran (sbb dah signal tuk teran, ibu yng berpengalaman tau maksudku) kemudian lahirlah Shafiyya Amyra binti Khairul Khalif berat 1.6kg.

Ingatkan dah beranak settle semua, rupanya bayiku d tahan d NICU level satu untuk pemerhatian berat badannya, Seminggu juga kami d tahan. Skng bayiku genap 4 bulan, syukurlah wlaupun premature baby tpi semuanya ok, hanya badannya kecil sedikit dr abg dan kakaknya. Fizikal sahaja yang berbeza tetapi sifat aktive dan nakalnya aduh, cukup menghiburkan hati.

Saturday, 27 September 2014

Telur Tofu mudah



Assalammualaikum dan selamat tengah hari..


Dah masak tuk makan tengah hari atau masi blur xda idea nak masak apa?
Hari nie, saya nak masak yang mudah dan hijau...
Anak-anak saya suka makan telur dan sayur, so hari nie nak pelbagaikan sedikit lauk (sebab lauk wajib anak-anak ialah telur)
Hari nie nak masak Egg Tofu, biasanya da yang gemar Egg Tofu dalam Hot Pot...Tapi resipi ni x pakai pun Hot Pot nie..masak atas dapur biasa, dan macam kewajipanlah setiap orang da warna dapur tersendiri mengikut citarasa masing2, maksud saya resipi nie memang resipi derhaka sbb ikut sukahati saya nak masak camna :) sangat mudah...Jom Masak!
Bahan-bahannya

  1. 2 kiub Egg Tofu
  2. 2 ulas bawang merah, dipotong halus
  3. 2 ulas bawang putih, dipotong halus
  4. 1 inci halia, diketuk2
  5. sayur sweet corn
  6. sayur brokoli (dipotong kecil2)
  7. 1 sudu sos tiram
  8. sedikit garam dan serbuk perasa
  9. 1 sudu tepung jagung + sedikit air (ni untuk memekatkan kuah, klu x letak pun xda masalah)








Nilah rupa egg tofu yg dah digoreng

  • Mula-mula, potong tengah Egg Tofu untuk keluarkan Tofu dari plastik, dan dipotong 6.
  • Goreng dalam minyak yang panas sekejap (Deep Fry) sehingga warnanya keperangan, angkat dan toskan
  • Ambil sedikit minyak bekas goreng tofu tadi, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia, sampai naik bau
  • Masukkan sayur brokoli dan sayur jugung, gaul sebentar, tambahkan air
  • Masukkan sos tiram, garam dan perasa gaulkan dan dibiarkn mendidih sebentar
  • Terakhir masukkan tofu tadi, gaulkan dan tutup api dapur
  • Siap untuk dihidang! Mudahkan..
    Sekarang anda boleh cuba masak sendiri di rumah, sekiranya anda suka pekat, anda boleh tambahkan 1 sudu tepung jagung atau kanji + sedikit air pada langkah terakhir, klu terlalu pekat tambahkan lagi sedikit air
    Sayur dan egg tofu, anak-anak suka makan,dan saya suka masak sebab mudah dan berkhasiat





Saturday, 22 March 2014

Cheese cake

Sekarang nie femes cheese cake, aku suka makan, dulu masa pi raya kat umah orang cheese cake dorang aku rembat sampai habis, hehehe
Kali ni aku nak cuba buat sendiri, ni resipi aku dapat dari blog (tapi aku lupa blog mana sbb dah lama, dan resipinya terselit d buku dah :)
Dan resipi nie aku dah ubah ikut citarasa aku sendiri...jom ke dapur!!!

Bahan-bahan
4 biji telur (asing putih dan kuningnya)
100gm butter
100gm tepung
100gm gula
250ml susu segar + 50ml susu sejat atau anda boleh menggunakan salah satu (susu segar atau sejat sahaja 300ml)
200gm cream cheese (atau 6 slice cheese)

Cara-caranya

Meringue -> pukul putih telur dan gula sehingga bertanduk (dalam proses ni pasti pemukul dan bowl bersih dan kering, pastikan putih telur juga tidak mengandungi sebarang kuning telur sekiranya itu terjadi anda perlu ulang semula dengan putih telur yang baru)

Dalam sos pan, masak butter, susu dan slice cheese sehingga cheese cair dan sebati (masak menggunakan api sederhana)

Pukul telur kuning sehingga kembang

Campurkan kuning telur dan adunan yang dimasak tadi, gaul sehingga sebati

Masukkan tepung sedikit demi sedikit (agar tepung tidak berketul2 dan mudah sebati)

Ambil 1/4 merengue tadi, menggunakan keadah kaup balik sehingga sebati, kemudian tuang adunan tadi ke 3/4 meringue tadi, dengan keadah kaup balik gaul sehingga sebati

Masukkan ke dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas minyak dan disapu dengan butter, masak dalam 150c masa 1 jam.... (masak menggunakan keadah waterbath atau bain marie) keadah ini adalh meletakkan air dalam dulng yang lebih besar, klu x paham juga pi google...hehehe
Selamat mencuba..

**sekiranya anda ingin membuat snow cheese atau cheese kek leleh anda bolehlah ikuti resipi creamnya di bawah atau anda juga boleh hidang tanpa cream, pilihan anda!

Untuk creamnya pulak (pilihan anda)
200gm cream cheese
50ml whipping cream
200gm Cheddar cheese (di parut)

Pukul whipping cream dan cream cheese sehingga sebati

Kek tadi disejukkan dan di potong dua bahagian, tuang adunan ke kepingan pertama, kemudian lapis kek kedua dan tuang adunan selebihnya , taburkan cheddar cheese d atas kek dan hidangkan untuk keluarga tersayang^^v

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Monday, 17 March 2014

Kek lapis marie

Kek lapis marie..hrmm, actually aku tak berapa minat dengan rupa dan rasanya masa aku kecil dulu (as I remember) Masa aku kecil dulu, kek ni aku tak pernah rasa atau terlintas d fikiran untuk memakannya...itu satu ketika yang lalu..
Sekarang aku terpaksa untuk meminati, rasa dan mencintainya kerana kek ini adalah one of fav my hubby and kids -_-"
Caranya memang mudah sebab tak perlu guna oven , hanya perlu sejukkan di peti sejuk ( ala2 kek cheese plak)

Ok, bahan-bahannya
200gm biskut marie
200gm butter (aku guna dalam 180gm)
1 cawam Milo (atau pa2 perisa minuman chocolate)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air suam panas
1 sk nescafe (sukahati nak letak tau tak)
1 biji telur

Cara-caranya
1. Pecah2kan biskut Marie kepada 4 bahagian dan ketepikan

2. Campurkan milo dan air suam, gaul sehingga sebati

3. Panaskan butter sehingga separuh cair dan masukkan semua bahan2 kecuali telur, dan gaul sehingga sebati (api dapur sederhana)

4. Masukkan telur dan gaul secepat mungkin kerana takut telur masak dan ianya akan menyebabkan bahan2 tadi berketul2

5. Akhir sekali, masukkan biskut Marie (pastikan api dapur telah pun dipadamkan) gaul sehingga sebati

6. Tuangkan adunan tadi ke loyang, tekan2 sedikit adunan tadi dengan sudu agar adunan mampat dan balance, biar sejuk seketika dalam 10 minit, simpan dalam peti sejuk semalaman.
..
Mudah kan! Pastinya anda boleh mencubanya sendiri d rumah ^^v
Dan sekarang aku plak akan menikmati rasa air tanganku sendiri bersama2 dengan hubby dan anak2!!

# sekiranya anda memilih untuk tidak mahu menggunakan telur itu adlah pilihan anda
# sebelum telur d campur, aku akan pukul telur sedia dlm mangkuk sebelum mencampurkan dengan bahan2 lain
# anda juga boleh menggunakan 1 cawan susu pekat sekiranya anda tidak mahu meletakkan gula
# anda juga boleh tambahkan 1sk vanilla esen untuk lebih wangi dan kelainan rasa

Posted via Blogaway

Thursday, 6 March 2014

Keropok Lekor


Semalaman tidur tak lena, tidur ku dganggu oleh kesejukan yang amat sangat. Pukul tiga pagi , aku pi usher media sosial, mana tau benda tu boleh buat aku ngantuk. Aku pi tengok2 gambar makanan, terliur plak bila nampak keropok lekor, yummy!! lama da merasa keropok lekor, kat cni xda jual da :( Jadi aku nak buat keropok lekor homemade

Bahan-bahannya
Ikan kembung
Tepung ubi/kanji
Secubit garam
Msg (pilihan anda)

Cara-caranya

1. Mula2 bersihkan ikan, buangkan isi perutnya, pastu asingkan isi dengan tulang.

2. Blendkan isi ikan atau cincang isi ikan atau guna lesung batu

3. Tambahkan perasa pada isi ikan ( garam atau msg pilihan anda)

4. Gaulkan isi ikan dan tepung sehingga sebati, bentukkan bulat leper, rebuskan

5. Lepas rebus tadi, bolehlah potong kecil2 dan goreng.
Sos

Bahan-bahan

Cili kering
Bawang putih
Gula perang
Sos cili
Cuka

Cara-cara

Blend bawang , cili kering dan cuka, tambah gula dan sos cili.
Siap!!!
Psst : untuk sos keropok lekor lebih sedap jika ditambah sos ikan ^^, v

Posted via Blogaway

Wednesday, 12 February 2014

Marshmallow


Pertama kali membuat marshmallow, aku idamkan ianya akan menjadi sesempurna seperti khayalan aku...hasilnya ianya berbau dan tidak segebu seperti yang aku mahu :(
Ya, aku manusia biasa tidak lari dari membuat kesilapan dan lalai, lalu demi menebus kesilapan lalu aku teruskan juga  misi membuat marshmallow untuk kali ke 2...hehe!
Sebelum tu, aku megulangkaji kejap kat buku resipi, blog ,serta youtube(tutorial yang da di muka bumi) untuk mendapatkan hasil yang terbaik!!
Seperti biasa, aku menyediakan bahan2 mengikut sukatan, keluarkan budak2 dari dapur dan lock pintu dapur agar lebih fokus(t
rrip macam pro plak!!)

Bahan-bahannya

1/2 cwn air sejuk (untuk gelatin)
2 sd gelatin (pastikan halal)
1/2 cwn air (untuk sauce pan)
1cwn gula
1cwn light corn syrup
1/4 garam
2 sd vanilla extract
#Tepung jagung dan aising(untuk taburan)


Cara-caranya

= Taburkan tepung + aising pada loyang, ketepikan
= Campurkan gelatin dan air, gaulkan dan biarkan (letak sedia ke dalam standing hand mixer)
> Gula , garam , air dan cornsyrup dipanaskan dengan api sederhana..Gaul perlahan2
> Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan mendidih lagi selama 5 minit (sekiranya anda ada thermometer anda ukur suhu capai sehingga 180c)
> Tuangkan bahan2 tadi ke standing handmixer pada kelajuan paling perlahan
=> Tuang vanilla extract dan ubah kelajuan kepada maximum


=> Biarkan selama beberapa minit, anda akan melihat warnanya akan berubah (akan kelihatan seperti whipping cream:)
=> Sentuh pada tepi mangkuk standing handmixer , hentikan sekiranya panasnya kurang(suam2 gitu)
=> Tuangkan bahan pada loyang yang sudah ditabur dengan tepung + aising tadi...Taburkan lebihan tepung + aising pada atas marshmallow..


=> Biarkan selama 4 jam atau semalaman
=> Potong mengikut bentuk pilihan.
Boleh juga dinikmati bersama Hot chocolate atau digunakan untuk menghasilkan marshmallow cheese kek
Selamat mencuba dan nikmati hasilnya~

Posted via Blogaway

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...