Pages

Saturday 31 March 2012

Tips mengetahui jenis perfum

Assalammualaikum , dulu saya tertanya-tanya maksud EDT / EDP sekiranya saya ingin membeli perfum. Sekarang saya tahu serba sedikit dan saya ingin berkongsi dengan anda...selamat membaca^^

Tips memilih jenis perfume
1) Cologne
2) Eau de Toillete ( EDT)
3) Eau de Perfume (EDP)
4) Parfum

Perbezaan di antara jenis - jenis minyak perfum adalah kepekatan minyak harumannya sama ada daripada ekstrak semula jadi , sintetik , dicairkan mengunakan air atau alkohol bergred tinggi. Untuk haruman yang lebih tahan , haruman itu mempunyai kepekatan minyak yang tinggi.
 


Diantara kepekatan minyak :

 Cologne  mengandungi 4% pati
Kepekatan paling rendah.
Wangian yang ringan.
Kekal sehingga 1-2 jam.
Sesuai untuk kegunaan harian.


 Eau de Toillete ( EDT) mengandungi 8% - 15% pati
Kurang pekat.
Wangian yang separa ringan.
Kekal sehingga 2-3 jam.
Juga sesuai untuk kegunaan harian dan jamuan ringan.


 Eau de Perfume (EDP) mengandungi 15% - 22% pati
 Kepekatan kedua tertinggi.
Kekal sehingga 3-5 jam.
Sesuai untuk kemajlis formal dan makan malam.


 Parfum mengandungi 22% pati
Paling pekat.
Wangian yang kuat dan tahan lama.
Kekal sehingga 5 jam ke atas.
Mahal dan penggunaan yang sedikit.

No comments:

Salam, just call me atul

My photo
Simple <- tulah saya...